TIARANITA ZIARAH PUAN RAZIMAH TAMIN



Pada 02 Oktober 2009, BAKIT Negeri Sabah dan Tiaranita Sabah telah menziarahi Puan Razimah Tamin, anggota dari Unit Network Development yang sedang sakit bertempat di kediaman keluarganya di Kampung Sembulan Lama, Jalan Pokok Mangga,, Sembulan, Sabah.

Doktor yang merawat tidak pasti apakah penyakit yang dihadapi oleh Puan Razimah. Puan Razimah dan suaminya Encik Jayawati Yacob dari Unit Finance SSO TM Sabah amat berterima kasih atas kunjungan tersebut.

Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tuaranita Cawangan Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan dari pihak Tiaranita dan juga sumbangan bagi pihak BAKIT Negeri Sabah. Diharap sumbangan ikhlas yang diberikan dapat membantu untuk menampung sedikit sebanyak kos rawatan Puan Razimah yang belum diketahui bila dapat hadir untuk bertugas semula seperti biasa.



Laporan : Pn Ruhia Lawis / 05/10/09

JAMUAN HARI RAYA 2009 - TIARANITA

Dengan segala hormatnya SEMUA AHLI TIARANITA SABAH dijemput hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya 2009 seperti berikut :


Tarikh : 09 Oktober 2009 ( Hari Jumaat )
Masa : 11.00 pagi hingga 02.00 petang
Lokasi : Ruang Legar Bilik Mesyuarat
Telekom Malaysia Berhad
Tingkat 4, Wisma San Hin
Wawasan Plaza, Kota Kinabalu


Aktiviti yang akan diadakan ialah:

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-3 Tiaranita Cawangan Sabah (10.30am – 12.00pm)

Majlis Hari Raya Aidilfitri Tiaranita Sabah (12.00pm - 3.00pm)
Penyampaian Saguhati kepada anak-anak ahli (UPSR/PMR/SPM)
Penyampaian Cenderahati kepada 10 kanak-kanak istimewa Sekolah Seri Mengasih
Hiburan, Jamuan, Games & Hadiah Misteri

Kaunter Pendaftaran Ahli Baru & Pembayaran Yuran Bulanan.


Jumpa anda di sana...!!!!

Sepatah Kata Wakil dari Working Committee - Sambutan Hari Ibu

Dear Ladies..........

Ribuan terima kasih diucapkan diatas sokongan & kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program sambutan Hari Ibu anjuran Tiaranita Sabah pada 29 Mei 2009. Walaupun dalam keadaan kurang selesa / kepanasan semua AJK terus bersemangat untuk mempastikan Hari Ibu berjalan dengan lancar.

Antara Aktiviti yg diadakan ialah;
Hadiah Ibu Comel - Dgku Juliah
Musical Chair - Einon Edris, Jamiah Razak & Siti Jentel
Dart - Mariam Kadir, Alicia Maiting, Siti Habsah
Cenderahati utk ahli bersara; Siti J. Maliha Sunaryo, Jamiah Rajak & Juliana Ekoh
Penyampaian hadiah utk 6 org ahli yg bersalin & ahli yg menyambut harijadi pd bulan Mei.

Semoga dimasa hadapan kita akan dapat bekerjasama lagi sebagai satu pasukan bagi program-program yang lain pulak.

Mohon maaf dari saya sekiranya sepanjang mengatur program ini ada terlanjur kata & tindak tanduk yang menyinggung hati & perasaan anda sekalian.

Terima kasih sekali lagi............

Zaza Husin
Pen. Setiausaha
Tiaranita Sabah

Sambutan Hari Ibu pada 29hb Mei 2009 - Kantin TM IPK



Sambutan Hari Ibu pada 29hb Mei 2009 - Kantin TM IPK





















Sambutan Hari Ibu pada 29hb Mei 2009 - Kantin TM IPK





















Sambutan Hari Ibu pada 29hb Mei 2009 - Kantin TM IPK





















Sambutan Hari Ibu pada 29hb Mei 2009 - Kantin TM IPK





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...