Sambutan Hari Ibu 2011

Tiaranita Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Hari Ibu yang bertemakan “Hitam Merah” pada 8 Jun 2010 bertempat di Phoenix Court, Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah. Antara pengisian program majlis yang cukup meriah pada hari tersebut adalah Persembahan Dramatari, Pertunjukan Fesyen Pakaian Muslimah “Arbayat” dan Penyampaian Saguhati serta Sijil kepada ahli yang telah membuat persembahan serta menghadirkan diri semasa Hari Tiaranita di Johor Bahru.


Hajah Sharifah Nor Ashikin turut menyatakan rasa penghargaannya kepada ahli Tiaranita Sabah yang telah menyertai rombongan ke Hari Tiaranita yang telah berlangsung pada 30 April 2011 di Johor Bahru dimana Tiaranita Sabah telah menyertai Pertandingan Dramatari dan Cheer Leading. Persembahan Dramatari yang bertajuk “Lagenda Arung Salamiah” telah berjaya mendapat Tempat Ke-3 sementara Persembahan Cheer Leading telah berjaya memukau para penonton dengan persembahan yang begitu bertenaga.
Majlis Hari Ibu diakhiri dengan permahkotaan Ibu Anggun yang dimenangi oleh Puan Masnah Anuar yang disempurnakan oleh Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Negeri Sabah dan Encik Saimin Kasran, Penolong Pengurus Besar RNO TM Sabah

 

Laporan Oleh: Ruhia Lawis

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-4

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-4 Tiaranita Cawangan Sabah telah diadakan pada 8 Jun 2011 di Bilik Mesyuarat Kambarangan I & II, Wisma San Hin, Kota Kinabalu, Sabah.



Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah, Laporan Aktiviti oleh Puan Jenny John, Setiausaha Kehormat Tiaranita Cawangan Sabah, Laporan Kewangan oleh Puan Faridah Mataib, Bendahari Kehormat Tiaranita Sabah dan diikuti dengan Pembubaran Jawatankuasa Tiaranita Cawangan Sabah Sesi 2009/2011 oleh Presiden Tiaranita Cawangan Sabah.



Proses Pemilihan Jawatankuasa Tiaranita Cawangan Sabah Sesi 2011/2013 telah dijalankan oleh Puan Ruhia Lawis selaku Pengerusi Sementara.



Barisan Jawatankuasa Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2011/2013 adalah seperti berikut:

PRESIDEN : HAJAH SHARIFAH NOR ASHIKIN SYED ISMAIL
TIMBALAN RESIDEN : PUAN HILDA EDMUND
SETIAUSAHA KEHORMAT : PUAN JENNY JOHN
PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT : PUAN ZAZA HUSIN
BENDAHARI KEHORMAT : CIK ANDI NAJIMIN YAKIN
PEN. BENDAHARI KEHORMAT : PUAN AHZIAH AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KECIL :

1. PUAN DGKU JULIAH AGKU TALIB
2. PUAN RUHIA LAWIS
3. CIK DG HALIMAH HAJI YUSOF
4. PUAN ZURAIDAH SAGIR
5. PUAN SITI KAMISAH SOPONG
6. PUAN SALIAH HJ KADIS

JURUODIT 1 : PUAN FARIDAH MATAIB
JURUODIT 2 : PUAN SUSANI JINIPOL

Hajah Sharifah Nor Ashikin, Presiden Tiaranita Sabah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Barisan Jawatankuasa Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2009/2011 atas sumbangan tenaga serta sokongan jitu yang telah diberikan sepanjang tempoh perlantikan.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-4 Tiaranita Sabah telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Negeri Sabah.



Laporan oleh: Ruhia Lawis

Hari Tiaranita di Johor

Pada 30 April 2011 yang lepas, seramai 42 orang ahli Tiaranita yang diketuai oleh Presiden Tiaranita Sabah Pn. Hajah Nor Ashikin Syed Ismail, telah berkunjung ke Johor Bahru Darul Takzim untuk meraikan acara tahunan Hari Tiaranita yang bertemakan ‘ Tiaranita Glam Nite’.

Tiaranita Sabah telah menyertai kesemua aktiviti yang telah dirancang oleh tuan rumah termasuklah aktiviti kecerdasan fizikal (Senamrobik) , pertandingan Cheerleading, pertandingan perbarisan serta ceramah motivasi dan kesihatan wanita dengan tajuk “Wanita Elegen, Anjakan Pemikiran Positif” yang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Zainah Moktar. Ajk Ekonomi yang bertugas di gerai Tiaranita Sabah, tidak menang tangan dengan para pengunjung yang tidak putus-putus pada pagi tersebut. Pagi yang penuh dengan kecerian itu telah diakhiri dengan acara peragaan busana yang bertemakan “Anggun Korperat”.





Pada sebelah malamnya pula, kesemua ahli Tiaranita dari seluruh pelusuk Malaysia telah berkumpul di The Zone Hotel bagi memeriahkan acara kemuncak Hari Tiaranita, dimana para hadirin telah dihiburkan dengan pertandingan Dramatari dari setiap kontingen, dan persembahan artis jemputan Jay Jay. Tiaranita Sabah telah mempertaruhkan “Legenda Arung Salamiah” dan berjaya mendapat tempat ke tiga.






Sebelum kembali ke Negeri dibawah Bayu,Tiaranita Sabah telah sempat melawat ke berapa tempat seperti Air Hitam Johor, jalan-jalan cari makan di Singapore serta Universal Studio Singapore.



Laporan oleh: Pn. Dygku Juliah Agku Talib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...