Majlis Pelancaran Hari terbuka SDC


Tiaranita Sabah telah menghantar seramai 4 orang peserta untuk menghadiri Majlis Pelancaran Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah (SDC) ”Corridors & Cities Lab” anjuran Kerajaan Negeri Sabah pada 16 Februari 2012 bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.




Majlis yang dihadiri oleh para peserta dari NGOs, Sektor Swasta, Jabatan-jabatan Kerajaan, Persatuan-persatuan dan lain-lain agensi berpeluang untuk memperolehi maklumat berkenaan dengan pembangunan Negeri Sabah di masa akan datang terutama sekali di dalam bidang pelancongan, ekonomi, perindustrian, perladangan, pertanian, pengangkutan dan banyak lagi.  Pembangunan di dalam sektor dan industri ini dijangka akan dapat mengujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.  Kewujudan Koridor Pembangunan Sabah ini juga dijangka mampu untuk menarik minat pelabur-pelabur asing untuk membuat pelaburan di Negeri Sabah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.  Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...