Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Bantuan Ibu Tunggal Tiaranita Sabah


16 Januari 2009 – Tiaranita Sabah telah mengadakan majlis penyampaian bantuan Sekolah 2009 dan bantuan ibu tunggal bagi tahun 2008 di Pejabat Pengurus Besar, Tingkat 4 Wisma San Hin Kota Kinabalu. Seramai 6 orang ibu tunggal dikalangan ahli Tiaranita TM Sabah yang layak menerima bantuan berupa wang tunai. Dengan adanya bantuan seperti ini akan dapat meringankan sedikit bebanan persekolahan dan tanggungan mereka.

Majlis ringkas bantuan tersebut disampaikan oleh Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Sabah. Terdahulu dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis tersebut adalah program pertama Tiaranita Sabah sebagai membuka tirai tahun ini dan menggesa lebih ramai lagi isteri-isteri serta anggota-anggota wanita TM menyertai Tiaranita . Beliau juga berharap bantuan seperti ini akan sentiasa mendapat sokongan yang berterusan dari Tiaranita Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...