Program Syawal Bersama 2013

Dalam kesibukan kaum Muslimin dan Muslimat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan dikunjungi rakan taulan dari pelbagai bangsa dan agama, saudara-mara jauh dan dekat, masih ada anggota TM yang menunaikan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terjejas semasa musim perayaan.

Bagi mengingati mereka yang sibuk bertugas semasa Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tiaranita Sabah sekali lagi menjalankan ”Program Syawal Bersama” pada 08 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H.

Ahli Tiaranita Sabah yang bertugas mewakili Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah untuk membuat kerja-kerja pengedaran ”Pek Juadah Aidil Fitri” pada anggota-anggota TM di sekitar Ibu Pejabat Kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Inanam dan Menggatal ialah Sylvia Ojihi, Marcella E. Ading, Anak Sinsing @ Janet, Maria Lourdes Balanjiu dan Nora Jinumis.  Pek tersebut telah disediakan oleh Mastura Mujip.  Terima kasih kepada Encik Chow Yau Yang, Penolong Pengurus RNO ZFT Utara atas sokongan beliau hadir di lokasi pengedaran semasa program ini dijalankan. 

Anggota-anggota TM yang bertugas merasa teruja dengan kunjungan mengejut dari Tiaranita Sabah bersama Pek Juadah Aidil Fitri dan tiada perkataan yang lebih indah dan terbaik dapat diucap selain dari ucapan jutaan terima kasih atas ingatan dan keprihatinan Warga Tiaranita Sabah.















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...