Pada 21 Ogos 2013 bersamaan Hari Rabu, Tiaranita Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-5 bertempat
di Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 70 orang ahli
adalah bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru yang layak untuk
menerajui Tiaranita Sabah bagi musim baru.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan dari oleh Hajah
Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah dan diikuti
oleh pembentangan laporan oleh Setiausaha dan Bendahari. Setelah pengesahan laporan dibuat, Hajah
Sharifah mengumumkan pembubaran AJK Tiaranita Cawangan Sabah Sesi 2011 – 2013
dan ahli sebulat suara telah memilih Ruhia Lawis untuk mempengerusikan segmen
pemilihan AJK Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2013 - 2015. Sesi pengundian berjalan lancar dan barisan
AJK Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2013 – 2015 adalah seperti berikut:
Presiden - Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed
Ismail
Timbalan Presiden - Rosalija Sudin
Setiausaha Kehormat - Jenny John
Penolong Setiausaha Kehormat - Zaza Husin
Bendahari Kehormat - Andi Najimin Yakin
Penolong Bendahari Kehormat - Ahziah Ahmad
Biro Pembangunan Modal Insan - Dgku Juliah Agku
Talib
Biro Sukan dan Rekreasi - Siti
Kamisah Sopong
Biro Kebajikan dan Sosial - Zuraidah
Sagir
Biro Ekonomi - Dgku Halimah Hj Yusof
Biro Website - Saliah Hj Kadis
Biro Media dan Protokol - Ruhia
Hj Lawis
Juruodit 1 - Susani Jinipol
Jurudoit 2 - Faridah Mataib
Hajah Sharifah mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua AJK Tiaranita Sesi 2013 – 2015 dan berharap AJK yang baru dilantik
ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
sewajarnya untuk kepentingan ahli khasnya dan persatuan amnya.
No comments:
Post a Comment