Tiaranita Sabah Anjur ”TIARA BLOCK RAYA”

Pada 21 Ogos 2013 juga, Tiaranita Sabah telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidil Fitri yang bertemakan ”Tiara Block Raya” bertempat di Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah.

Di antara pengisian majlis tersebut adalah Pertunjukan Fesyen Pakaian Muslimah, Anugerah Anak-anak Cemerlang 2012, Pameran Produk Wanita dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK Tiaranita Sesi 2011 – 2013 dan Pengumuman Barisan AJK Tiaranita Sesi 2013 – 2015.

Penerima Anugerah Anak Cemerlang adalah seperti berikut:

PEPERIKSAAN UPSR 2012
Bil
Nama
Nama Ahli
Sekolah
1
Abdul Haqeem bin Adong
Faridah Mataib
SK St Agnes (M)
2
Nur Izzatul Adawiyah
Norlin Jackerie
SK Stella Maris
PEPERIKSAAN PMR 2012
1
Christylyn Leikson
Doreen Ling Pang
SMK Lok Yuk
2
Leloyd David Lo
Anita Bisius
SMK Limbanak

”Tiaranita Block Raya” turut dihadiri oleh iaitu Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Sabah, Ahmad Zamri Hashim, Pengurus Besar Network Development TM Sabah serta beberapa barisan pengurusan TM Sabah.

Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah didalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan TM Sabah atas sokongan yang diberikan kepada Tiaranita Sabah selama persatuan ini ditubuhkan dan mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis tersebut.


Majlis turut diserikan dengan nyanyian oleh beberapa ahli Tiaranita Sabah serta cabutan tiket bertuah.  














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...