SYARAHAN PERDANA – LOST LEADERS : WOMEN IN THE GLOBAL ACADEMY

Pada 23 September 2013, Tiaranita Sabah telah menghantar 2 orang wakil iaitu Puan Jenny John dan Puan Ruhia Lawis untuk menyertai Program Syarahan Perdana – Lost Leaders: Women in the Global Academy anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.

Program yang dihadiri oleh seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pegawai Awam, Ketua Perwakilan Pelajar dan Pemimpin-pemimpin Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita dianjurkan sebagai pengisian sempena memperingati penubuhan Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang ke-25 tahun dengan tema ”Wanita Sabah : Memacu Kecemerlangan”.

Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan melalui pengalaman daripada Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita di Malaysia di samping berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai dengan kedudukan wanita di peringkat Pembuat Keputusan.  Syarahan Perdana bertajuk ”Women’s Leadership” telah disampaikan oleh Proffesor Dr. Louise Morley, Proffesor of Education and Director of the Centre for Higher Education and Equity Research (CHEER), University of Sussex, United Kingdom merangkap Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita  dan Proffesor Madya Hajah Rosdiana Haji Sukardi bertindak sebagai Moderator.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Mohd Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.  Turut hadir ialah Datuk Hajah Mariati Robert, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Proffesor Dr. Madeline Berma dari Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia.  





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...