Tiaranita Sabah telah menyertai kesemua aktiviti yang telah dirancang oleh tuan rumah termasuklah aktiviti kecerdasan fizikal (Senamrobik) , pertandingan Cheerleading, pertandingan perbarisan serta ceramah motivasi dan kesihatan wanita dengan tajuk “Wanita Elegen, Anjakan Pemikiran Positif” yang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Zainah Moktar. Ajk Ekonomi yang bertugas di gerai Tiaranita Sabah, tidak menang tangan dengan para pengunjung yang tidak putus-putus pada pagi tersebut. Pagi yang penuh dengan kecerian itu telah diakhiri dengan acara peragaan busana yang bertemakan “Anggun Korperat”.
Pada sebelah malamnya pula, kesemua ahli Tiaranita dari seluruh pelusuk Malaysia telah berkumpul di The Zone Hotel bagi memeriahkan acara kemuncak Hari Tiaranita, dimana para hadirin telah dihiburkan dengan pertandingan Dramatari dari setiap kontingen, dan persembahan artis jemputan Jay Jay. Tiaranita Sabah telah mempertaruhkan “Legenda Arung Salamiah” dan berjaya mendapat tempat ke tiga.
Sebelum kembali ke Negeri dibawah Bayu,Tiaranita Sabah telah sempat melawat ke berapa tempat seperti Air Hitam Johor, jalan-jalan cari makan di Singapore serta Universal Studio Singapore.
Laporan oleh: Pn. Dygku Juliah Agku Talib
No comments:
Post a Comment