Sambutan Hari Ibu 2011

Tiaranita Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Hari Ibu yang bertemakan “Hitam Merah” pada 8 Jun 2010 bertempat di Phoenix Court, Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah. Antara pengisian program majlis yang cukup meriah pada hari tersebut adalah Persembahan Dramatari, Pertunjukan Fesyen Pakaian Muslimah “Arbayat” dan Penyampaian Saguhati serta Sijil kepada ahli yang telah membuat persembahan serta menghadirkan diri semasa Hari Tiaranita di Johor Bahru.


Hajah Sharifah Nor Ashikin turut menyatakan rasa penghargaannya kepada ahli Tiaranita Sabah yang telah menyertai rombongan ke Hari Tiaranita yang telah berlangsung pada 30 April 2011 di Johor Bahru dimana Tiaranita Sabah telah menyertai Pertandingan Dramatari dan Cheer Leading. Persembahan Dramatari yang bertajuk “Lagenda Arung Salamiah” telah berjaya mendapat Tempat Ke-3 sementara Persembahan Cheer Leading telah berjaya memukau para penonton dengan persembahan yang begitu bertenaga.
Majlis Hari Ibu diakhiri dengan permahkotaan Ibu Anggun yang dimenangi oleh Puan Masnah Anuar yang disempurnakan oleh Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Negeri Sabah dan Encik Saimin Kasran, Penolong Pengurus Besar RNO TM Sabah

 

Laporan Oleh: Ruhia Lawis

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...