Pada 19 Ogos 2011 yang lalu, Tiaranita Cawangan Sabah melalui Biro Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan Kelas Menjahit Manik dan Labuci bertempat di Bilik Mesyuarat VC, Wisma San Hin, Kota Kinabalu, Sabah.
Kelas tersebut telah dihadiri oleh seramai 23 orang ahli yang begitu teruja untuk belajar menjahit manik dan labuci. Tenaga pengajar kelas ini adalah di kalangan ahli-ahli Tiaranita Sabah yang mempunyai kemahiran iaitu Puan Siti Kamisah Sopong, Puan Ahziah Ahmad dan dibantu oleh Puan Dgku Juliah Agku Talib.
Objektif kelas ini dianjurkan dengan harapan untuk memberikan kemahiran kepada ahli-ahli Tiaranita untuk merealisasikan impian mereka menghias pakaian dengan manik dan labuci hasil dari kerja tangan sendiri. Kemahiran yang ada juga boleh dimanfaatkan untuk menambahkan wang saku.
Kelas seumpama ini akan dianjurkan lagi di masa akan datang atas permintaan ahli-ahli Tiaranita.
1 comment:
saya berminat dengan bidang jahitan,jika pihak penganjur mengadakan kelas jahitan...bole hubungi saya...tqs
my email
liana_7521@yahoo.com
Post a Comment