Program Syawal Bersama 2013

Dalam kesibukan kaum Muslimin dan Muslimat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan dikunjungi rakan taulan dari pelbagai bangsa dan agama, saudara-mara jauh dan dekat, masih ada anggota TM yang menunaikan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terjejas semasa musim perayaan.

Bagi mengingati mereka yang sibuk bertugas semasa Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tiaranita Sabah sekali lagi menjalankan ”Program Syawal Bersama” pada 08 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H.

Ahli Tiaranita Sabah yang bertugas mewakili Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah untuk membuat kerja-kerja pengedaran ”Pek Juadah Aidil Fitri” pada anggota-anggota TM di sekitar Ibu Pejabat Kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Inanam dan Menggatal ialah Sylvia Ojihi, Marcella E. Ading, Anak Sinsing @ Janet, Maria Lourdes Balanjiu dan Nora Jinumis.  Pek tersebut telah disediakan oleh Mastura Mujip.  Terima kasih kepada Encik Chow Yau Yang, Penolong Pengurus RNO ZFT Utara atas sokongan beliau hadir di lokasi pengedaran semasa program ini dijalankan. 

Anggota-anggota TM yang bertugas merasa teruja dengan kunjungan mengejut dari Tiaranita Sabah bersama Pek Juadah Aidil Fitri dan tiada perkataan yang lebih indah dan terbaik dapat diucap selain dari ucapan jutaan terima kasih atas ingatan dan keprihatinan Warga Tiaranita Sabah.















Program Qaseh Ramadhan 2013

Pada 2 Ogos yang lalu, Tiaranita Sabah sekali lagi melalui Program Qaseh Ramadhan telah membuat penyerahan bantuan kepada 10 keluarga terpilih.  Kumpulan telah di bahagikan 2 iaitu satu kumpulan telah membuat penyerahan kepada 4 keluarga di sebelah Tuaran dan satu kumpulan lagi yang juga diketuai oleh Presiden Tiaranita Sabah Pn. Sharifah Norasyikin telah membuat penyerahan kepada 6 keluarga di sebelah Papar & Bongawan...Antara gambar yang diambil adalah ...







 
















Program Qaseh Ramadhan 2013 - Bantuan Kepada Rumah Anak Kesayangan Sembulan

Pada 30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434H yang lalu, Tiaranita Sabah turutserta dengan Pihak HR TM dan Bakit Sabah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan Kakitangan & Anak-anak di RAK Sembulan dan seterusnya Penyerahan sumbangan kepada mereka yang salah satu penerima Sumbangan Sempena Program Qaseh Ramadhan 2013 yang juga salah satu aktiviti tahunan Tiaranita Sabah.













Program Penyediaan bubur Cha Cha serta pengagihan Bubur Lambuk/Bubur Cha Cha kepada kakitangan TM Sabah


Pada 17 Julai 2013 yang lalu, Tiaranita Sabah bekerjasama dengan Bakit Sabah dalam Program Pengagihan Bubur Lambuk disamping Penyediaan & Pengagihan bubur Cha Cha iaitu diantara aktiviti tahunan dalam bulan Ramadhan.  Antara gambar-gambar yang sempat diambil ...


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...