Tiaranita Sabah telah menganjurkan Kelas Asas Penjagaan
Kulit dan Solekan Wajah pada 24 Mac, 2013 bertempat di Mary Kay Kota Kinabalu
Training Centre, Alamesra, Sabah.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan
asas penjagaan kulit dan solekan yang mana amat penting bagi seorang wanita
agar sentiasa kekal cantik, menawan dan hebat.
Para peserta didedahkan kepada teknik penjagaan
wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar, Melembap dan seterusnya cara-cara
bersolek. Mary Kay ialah jenama produk
yang digunakan semasa kelas tersebut.
Tenaga pengajar adalah Konsultan dari Mary Kay
iaitu Puan Rosidah Santan, Puan Zurainah M Yusop dan Puan Zuraidah Sagir.
No comments:
Post a Comment