Tiaranita Sabah di Program Hari Mesra dan ASM Investment 2013





Tiaranita Sabah telah dijemput untuk menghadiri Program Hari Mesra dan ASM Investment 2013 anjuran ASM Investment Services Berhad Wilayah Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah pada 29 Januari 2012 bertempat di Mandarin Hall, Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu Sabah.

Objektif program yang dihadiri oleh ahli-ahli pertubuhan dan persatuan wanita yang berdaftar di sekitar Negeri Sabah tersebut adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan kepada golongan wanita di pelbagai peringkat.  Pihak ASM Investment juga telah bermurah hati mengurangkan kadar caj perkhidmatan kepada para peserta yang membuka akaun pelaburan pada hari tersebut.

Perasmian Penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Herbert Timbun Lagadan, Timbalan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah mewakili Yang Berhormat Datuk Haji Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...