Tiaranita Sabah telah menghantar seramai 4 orang
peserta untuk menghadiri Majlis Pelancaran Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah
(SDC) ”Corridors & Cities Lab” anjuran Kerajaan Negeri Sabah pada 16
Februari 2012 bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Majlis yang dihadiri oleh para peserta dari NGOs,
Sektor Swasta, Jabatan-jabatan Kerajaan, Persatuan-persatuan dan lain-lain
agensi berpeluang untuk memperolehi maklumat berkenaan dengan pembangunan
Negeri Sabah di masa akan datang terutama sekali di dalam bidang pelancongan,
ekonomi, perindustrian, perladangan, pertanian, pengangkutan dan banyak
lagi. Pembangunan di dalam sektor dan
industri ini dijangka akan dapat mengujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan
dan perniagaan. Kewujudan Koridor
Pembangunan Sabah ini juga dijangka mampu untuk menarik minat pelabur-pelabur
asing untuk membuat pelaburan di Negeri Sabah.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia. Turut hadir ialah Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
No comments:
Post a Comment