Tiaranita Sabah telah dijemput untuk menghadiri
Program Hari Mesra dan ASM Investment 2013 anjuran ASM Investment Services
Berhad Wilayah Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah pada 29
Januari 2012 bertempat di Mandarin Hall, Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu
Sabah.
Objektif program yang dihadiri oleh ahli-ahli
pertubuhan dan persatuan wanita yang berdaftar di sekitar Negeri Sabah tersebut
adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pelaburan dan perancangan
kewangan kepada golongan wanita di pelbagai peringkat. Pihak ASM Investment juga telah bermurah hati
mengurangkan kadar caj perkhidmatan kepada para peserta yang membuka akaun pelaburan
pada hari tersebut.
Perasmian Penutupan program tersebut telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Herbert Timbun Lagadan, Timbalan
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah mewakili Yang
Berhormat Datuk Haji Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.