Pada 24 - 26 September 2013, Tiaranita Sabah telah
menghantar Puan Ruhia Lawis dan Puan Siti Kamisah Sopong untuk menyertai Seminar
Kecergasan Eksekutif Wanita dan Women Fitness Sabah 2013 anjuran Jabatan Belia
dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Kesihatan
dan Majlis Penasihat Wanita Sabah bertempat di Ballroom Wisma Wanita, Kota
Kinabalu, Sabah.
Program yang dihadiri oleh seramai 100 orang adalah
Program ”Sukan untuk Semua” dan bertujuan untuk memberikan pendedahan asas
Konsep kecergasan fizikal serta berkongsi kaedah latihan kecergasan yang betul
dan teknik terkini dalam sukan. Para
peserta juga dikehendaki berpakaian sukan di sepanjang program tersebut. Koordinator program tersebut ialah Encik P.
Ponniah dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah)
Di antara topik ceramah yang disampaikan oleh
doktor pakar, pakar pemakanan serta pakar kecergasan adalah Minda Sihat, Pemakanan
Sihat, Kecederaan dalam Sukan, Jantung dan Anda, Kecergasan Fizikal, Psikologi
Sukan, Pengurusan Stress dan Non-Critical Disease. Pada setiap petang di sepanjang program, para
peserta akan mengikuti Aktiviti Kecergasan Zumba. Selain daripada itu, para peserta juga diberi
keistimewaan membuat pemeriksaan kesihatan termasuk pep smear dan mamogram.
Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan
oleh Yang Berbahagia Datuk Hajah Asnimar Haji Sukardi, Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Dahali Haji
Matsin, Pengarah Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Datuk Hajah Siti Sapoo
Haji Ahok, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah