Tiaranita Photo Outing Di Sabandar Leisure Rides Tuaran pada 5 Februari 2017
Buat julung kalinya Tiaranita Sabah telah mengadakan Program Photo Outing di luar. Seramai 28 ahli bersama keluarga masing2 telah turut serta dalam program ini dan 2 orang jurugambar yang dijemput khas. Disamping dapat mengambil gambar para peserta diajar sedikit sebanyak teknik untuk mengambil gambar.
TIARANITA SABAH SERTAI KURSUS E-USAHAWAN
07 Mei 2017. Ketua Biro Sosial dan Publisiti bersama
dengan Ketua Biro Pembangunan Pendidikan dan Intelektual Tiaranita Sabah telah
menghadiri Kursus selama sehari yang bertajuk ”Terokai Dunia Perniagaan Digital
Bersama E-Usahawan bertempat di TH Hotel, Sembulan Sabah.
Program eUsahawan anjuran Malaysia
Digital Economy Corporation atau ringkasnya MDEC bertujuan memberi latihan
keusahawanan digital untuk rakyat Malaysia secara percuma kepada usahawan mikro
yang berumur 18 tahun ke atas. Encik
Azriel Azim bin Azelan merupakan tenaga pengajar yang diamanahkan untuk
menjalankan kursus tersebut.
Di antara topik yang diajar semasa
kursus tersebut adalah Facebook for Business, Instagram for Business, Whatsapp
Marketing, Copywriting Techniques, Search Engine Optimization (SEO), Google Trend
and Google Keyword.
Para peserta berpeluang untuk
mempelajari teknik pemasaran digital dengan menggunakan gajet dengan sambungan
internet seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba.
Pihak Tiaranita Sabah berharap akan
lebih ramai lagi ahli Tiaranita meluangkan masa untuk menyertai kursus seumpama
ini dimasa yang akan datang.
Program Qaseh Ramadhan 2016
Salah satu akviti Tiaranita Sabah yang diadakan setiap tahun adalah Program Qaseh Ramadhan. Sebelum Program ini dijalankan pada tahun ini, saya kongsikan gambar-gambar penerima tahun lalu meskipun dalam facebook Tiaranita Sabah juga telah dikongsikan sebelum ini..
Semoga sumbangan yang dihulurkan oleh Tiaranita Sabah dapat mengembirakan hati penerima dalam menyambut Hari raya AidilFitri....
Subscribe to:
Posts (Atom)