Hari Tiaranita di Johor

Pada 30 April 2011 yang lepas, seramai 42 orang ahli Tiaranita yang diketuai oleh Presiden Tiaranita Sabah Pn. Hajah Nor Ashikin Syed Ismail, telah berkunjung ke Johor Bahru Darul Takzim untuk meraikan acara tahunan Hari Tiaranita yang bertemakan ‘ Tiaranita Glam Nite’.

Tiaranita Sabah telah menyertai kesemua aktiviti yang telah dirancang oleh tuan rumah termasuklah aktiviti kecerdasan fizikal (Senamrobik) , pertandingan Cheerleading, pertandingan perbarisan serta ceramah motivasi dan kesihatan wanita dengan tajuk “Wanita Elegen, Anjakan Pemikiran Positif” yang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Zainah Moktar. Ajk Ekonomi yang bertugas di gerai Tiaranita Sabah, tidak menang tangan dengan para pengunjung yang tidak putus-putus pada pagi tersebut. Pagi yang penuh dengan kecerian itu telah diakhiri dengan acara peragaan busana yang bertemakan “Anggun Korperat”.





Pada sebelah malamnya pula, kesemua ahli Tiaranita dari seluruh pelusuk Malaysia telah berkumpul di The Zone Hotel bagi memeriahkan acara kemuncak Hari Tiaranita, dimana para hadirin telah dihiburkan dengan pertandingan Dramatari dari setiap kontingen, dan persembahan artis jemputan Jay Jay. Tiaranita Sabah telah mempertaruhkan “Legenda Arung Salamiah” dan berjaya mendapat tempat ke tiga.






Sebelum kembali ke Negeri dibawah Bayu,Tiaranita Sabah telah sempat melawat ke berapa tempat seperti Air Hitam Johor, jalan-jalan cari makan di Singapore serta Universal Studio Singapore.



Laporan oleh: Pn. Dygku Juliah Agku Talib

Gambar2 semasa latihan sebelum Hari Tiaranita di Johor



Ini lah sebahagian gambar-gambar semasa latihan di Bilik Mesyuarat sebelum Sambutan Hari Tiaranita di Johor....

TIARANITA ZIARAH PUAN RAZIMAH TAMIN



Pada 02 Oktober 2009, BAKIT Negeri Sabah dan Tiaranita Sabah telah menziarahi Puan Razimah Tamin, anggota dari Unit Network Development yang sedang sakit bertempat di kediaman keluarganya di Kampung Sembulan Lama, Jalan Pokok Mangga,, Sembulan, Sabah.

Doktor yang merawat tidak pasti apakah penyakit yang dihadapi oleh Puan Razimah. Puan Razimah dan suaminya Encik Jayawati Yacob dari Unit Finance SSO TM Sabah amat berterima kasih atas kunjungan tersebut.

Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tuaranita Cawangan Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan dari pihak Tiaranita dan juga sumbangan bagi pihak BAKIT Negeri Sabah. Diharap sumbangan ikhlas yang diberikan dapat membantu untuk menampung sedikit sebanyak kos rawatan Puan Razimah yang belum diketahui bila dapat hadir untuk bertugas semula seperti biasa.



Laporan : Pn Ruhia Lawis / 05/10/09
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...