Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Maaf lama tak bersiaran disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan ...Saya harap saya akan update status aktiviti terkini Tiaranita Sabah semenjak blog ini tergendala hingga kini...

Segala kesulitan amat dikesali..

Harap maklum...


TIARANITA SABAH SERTAI PERBINCANGAN MEJA BULAT BERSAMA NGO

Pada 28 September 2013, Tiaranita Sabah telah menghantar Cik Andi Najimin Yakin dan Puan Zuraidah Sagir untuk mengikuti Program Perbincangan Meja Bulat Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tahun 2013 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga da Masyarakat bertempat di Tabung Haji Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Perbincangan yang disertai oleh seramai 120 orang itu bertujuan untuk menerangkan perlaksanaan dan pelaporan program peruntukan bantuan perbendaharaan serta memperkenalkan komuniti PERWANI 1 Malaysia (Perkumpulan Wanita 1 Malaysia).


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Munirah Abdullah Bajanuddin, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

TIARANITA SABAH SERTAI SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF WANITA & WOMEN FITNESS SABAH 2013

Pada 24 - 26 September 2013, Tiaranita Sabah telah menghantar Puan Ruhia Lawis dan Puan Siti Kamisah Sopong untuk menyertai Seminar Kecergasan Eksekutif Wanita dan Women Fitness Sabah 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Kesihatan dan Majlis Penasihat Wanita Sabah bertempat di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.


Program yang dihadiri oleh seramai 100 orang adalah Program ”Sukan untuk Semua” dan bertujuan untuk memberikan pendedahan asas Konsep kecergasan fizikal serta berkongsi kaedah latihan kecergasan yang betul dan teknik terkini dalam sukan.  Para peserta juga dikehendaki berpakaian sukan di sepanjang program tersebut.  Koordinator program tersebut ialah Encik P. Ponniah dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah)



Di antara topik ceramah yang disampaikan oleh doktor pakar, pakar pemakanan serta pakar kecergasan adalah Minda Sihat, Pemakanan Sihat, Kecederaan dalam Sukan, Jantung dan Anda, Kecergasan Fizikal, Psikologi Sukan, Pengurusan Stress dan Non-Critical Disease.  Pada setiap petang di sepanjang program, para peserta akan mengikuti Aktiviti Kecergasan Zumba.  Selain daripada itu, para peserta juga diberi keistimewaan membuat pemeriksaan kesihatan termasuk pep smear dan mamogram.  



Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hajah Asnimar Haji Sukardi, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.  Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Dahali Haji Matsin, Pengarah Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Datuk Hajah Siti Sapoo Haji Ahok, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...