Majlis Deeparaya Tiaranita Sabah - 28/10/08

Salam Sejahtera kepada semua ahli Tiaranita yang dikasihi sekalian.

Hari yang dinantikan kini tiba iaitu ”MAJLIS DEEPARAYA TIARANITA CAWANGAN SABAH 2008”, yang akan diadakan pada 28 Oktober 2008 (Selasa), bermula pukul 12 tengahari – 2.30petang, bertempat di Bilik Kambarangan 1& 2, TM Wisma San Hin, Kota Kinabalu.

Tema Pakaian : Biru – saree/punjabi/kurung/kebaya.....datanglah dengan pakaian puan yang anggun, untung2 ada hadiah misteri!!!... :-)

Untuk makluman puan-puan sekalian, berbagai aktiviti akan diadakan termasuklah games, persembahan karaoke daripada ahli, sumbangan kepada anak-anak yatim, hadiah misteri dsb.

Juadah utama ada disediakan oleh Persatuan dan puan-puan digalakkan membawa makanan secara potluck. Pastinya dengan pelbagai juadah makanan/kuih-muih daripada puan-puan akan memeriahkan lagi majis kita pada hari itu nanti.....

KEHADIRAN PUAN-PUAN KE MAJLIS ITU NANTI AMATLAH DINANTIKAN...


Jenny John
Setiausaha Kehormat
Tiaranita Cawangan Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...