Pada 25 Oktober
2011, Human Capital Business Operation (HCBO) Sabah telah menganjurkan program
‘GHCM Open Day
2011’ di Ruang Legar Tingkat 4, Wisma San Hin Kota Kinabalu yang bertemakan
’Enabling Your Success’. Program hari terbuka GHCM ini, merupakan julung kalinya
diadakan di TM Negeri Sabah antara lain objektifnya untuk membolehkan pihak
Pengurusan berada lebih dekat dengan warga TM khasnya di Negeri Sabah dan
memberi penerangan mengenai polisi serta prosedur semasa Modal Insan. Ianya juga
dapat memaparkan keprihatinan pihak Pengurusan mengenai kebajikan anggota TM di
negeri Sabah.
Tiaranita Sabah
juga tidak ketinggalan mempamerkan dan menjual produk2 terdiri daripada kain seragam tiaranita,baju blouse
F1,lace baju,tuala muka,tudung saji yang disulam dengan riben,kek, kuih tart,air
mineral, brooch, Booth yang diketuai oleh Pn. Zaza Husin, Pen
Setiusaha Tiaranita Sabah, turut mendapat kunjungan daripada En. Sukkuriya
Masri, Pengurus Besar TM Sabah dan Ahmad Khairul Razi Ismail, Pengurus Besar
Employee Engagement.
Disamping itu,
Tiaranita juga memaparkan gambar2 slideshow aktiviti2 Tiaranita Sabah untuk
tatapan para pengunjung. Bendahari juga telah berjaya mendapat hasil kutipan
mencecah RM500 daripada bayaran yuran ahli pada hari tersebut dan sebanyak 2 orang telah
mendaftar sebagai ahli baru.
Pameran juga
dihangatkan dengan soalan2 Kuiz yang disediakan oleh setiap booth bagi
melayakkan pengunjung mendapatkan tiket bertuah. Beberapa orang ahli Tiaranita Sabah
iaitu Pn. Zuraidah, Pn. Dg Rozaimah,
Pn. Siti Kamisah, Pn. Zaza, Pn. Ermie dan Pn. Asiah telah berjaya mendapat hadiah
berupa hamper, barangan letrik dan sebagainya.
Pada hari itu juga, Biro Kebajikan
Pn. Zuraidah Sagir telah menyampaikan cenderahati kepada ahli yang telah menimang
cahayamata pertama iaitu Pn. Nursuraya Ahmad
Shukri.
Di samping
Tiaranita, beberapa booth yang lain seperti SUTE, Kelab TM Sabah & WP
Labuan, BAKIT Sabah, KOTAMAS, OSH, TMpoint, Consumer Sales Sabah, Unit Tabung
Darah, Kolej Kejururawatan Queen Elizabeth (QE), LHDM, SOCSO, KWSP, Pusat Zakat
Sabah, AmBank, dan HCBO Sabah turut mengadakan pameran.
SYABAS kepada
AJK dan ahli yang telah hadir dan turut sama menjayakan program
ini!
No comments:
Post a Comment