Pada
15 Disember 2011, TIARANITA cawangan Sabah, melalui Biro Kebajikan telah
menyempurnakan Program Penyerahan Kerusi Roda kepada Bekas Anggota TM bertempat
di Kg Saman Tuaran. Rombongan TIARANITA Sabah dengan ahli seramai 5 orang telah
diketuai oleh Zuraidah Binti Sagir, Biro Kebajikan TIARANITA Sabah.
Bekas
anggota TM Mohd Said Ahmad, telah terlantar lumpuh selama 17 tahun akibat
strok. Setelah jatuh sakit, bapa beliau terpaksa menyara beliau, isteri, lima
anak, adik dan ibu yang terlantar sakit akibat kencing
manis.
Berat
mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak ada perkataan yang sesuai untuk
mengungkapkan kesusahan kehidupan yang mereka tanggung. Keluarga Bekas Anggota
ini amat terharu menerima kunjungan serta sumbangan Kerusi Roda serta barangan
dapur yang disampaikan oleh TIARANITA Sabah.
Semoga
sumbangan yang kecil ini dapat meringankan sedikit kesusahan hidup Bekas anggota
TM ini.
Laporan Oleh: Pn. Zuraidah
No comments:
Post a Comment