Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengujung setia blog ini .. Maaf lama tak update blog ni kerana tugas2 harian yang tidak mengizinkan.. Walaubagaimanapun, saya nak update aktiviti Tiaranita Sabah pada penghujung bulan April yang lalu dengan memasukkan diantara gambar2 kami semasa Hari Tiaranita 2012 di Terengganu tempoh hari.. Maklumat terperinci akan dimasukkan pada entri akan datang ... Jadi selamat menonton...
Majlis Pelancaran Hari terbuka SDC
Tiaranita Sabah telah menghantar seramai 4 orang
peserta untuk menghadiri Majlis Pelancaran Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah
(SDC) ”Corridors & Cities Lab” anjuran Kerajaan Negeri Sabah pada 16
Februari 2012 bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Majlis yang dihadiri oleh para peserta dari NGOs,
Sektor Swasta, Jabatan-jabatan Kerajaan, Persatuan-persatuan dan lain-lain
agensi berpeluang untuk memperolehi maklumat berkenaan dengan pembangunan
Negeri Sabah di masa akan datang terutama sekali di dalam bidang pelancongan,
ekonomi, perindustrian, perladangan, pertanian, pengangkutan dan banyak
lagi. Pembangunan di dalam sektor dan
industri ini dijangka akan dapat mengujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan
dan perniagaan. Kewujudan Koridor
Pembangunan Sabah ini juga dijangka mampu untuk menarik minat pelabur-pelabur
asing untuk membuat pelaburan di Negeri Sabah.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia. Turut hadir ialah Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
Majlis Penyampaian Cek Bantuan Ibu Tunggal Dan Persekolahan 2012
23/12/2011 – Tiaranita Cawangan Sabah menutup tirai
aktiviti 2011 dengan “Majlis Ringkas Penyampaian Cek Bantuan Ibu Tunggal dan
Bantuan Persekolahan 2012” kepada ahli Tiaranita Cawangan Sabah yang layak.
Majlis tersebut yang telah diadakan dua hari sebelum Perayaan Hari Krismas telah
diadakan di TM Wisma San Hin. Seramai 6 orang penerima
bantuan hadir
ke majlis tersebut dan penyampaian cek bantuan
telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Cawangan Sabah, Hjh. Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)