Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-5

Pada 21 Ogos 2013 bersamaan Hari Rabu, Tiaranita Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-5 bertempat di Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 70 orang ahli adalah bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru yang layak untuk menerajui Tiaranita Sabah bagi musim baru. 

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan dari oleh Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah dan diikuti oleh pembentangan laporan oleh Setiausaha dan Bendahari.  Setelah pengesahan laporan dibuat, Hajah Sharifah mengumumkan pembubaran AJK Tiaranita Cawangan Sabah Sesi 2011 – 2013 dan ahli sebulat suara telah memilih Ruhia Lawis untuk mempengerusikan segmen pemilihan AJK Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2013 - 2015.  Sesi pengundian berjalan lancar dan barisan AJK Tiaranita Cawangan Sabah bagi Sesi 2013 – 2015 adalah seperti berikut:

Presiden                                     -           Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail
Timbalan Presiden                       -           Rosalija Sudin
Setiausaha Kehormat                   -           Jenny John
Penolong Setiausaha Kehormat  -           Zaza Husin
Bendahari Kehormat                   -           Andi Najimin Yakin
Penolong Bendahari Kehormat  -           Ahziah Ahmad
Biro Pembangunan Modal Insan -           Dgku Juliah Agku Talib
Biro Sukan dan Rekreasi             -           Siti Kamisah Sopong
Biro Kebajikan dan Sosial          -           Zuraidah Sagir
Biro Ekonomi                              -           Dgku Halimah Hj Yusof
Biro Website                                -           Saliah Hj Kadis
Biro Media dan Protokol            -           Ruhia Hj Lawis
Juruodit 1                                    -           Susani Jinipol
Jurudoit 2                                   -           Faridah Mataib


Hajah Sharifah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Tiaranita Sesi 2013 – 2015 dan berharap AJK yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sewajarnya untuk kepentingan ahli khasnya dan persatuan amnya.




















Program Syawal Bersama 2013

Dalam kesibukan kaum Muslimin dan Muslimat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan dikunjungi rakan taulan dari pelbagai bangsa dan agama, saudara-mara jauh dan dekat, masih ada anggota TM yang menunaikan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terjejas semasa musim perayaan.

Bagi mengingati mereka yang sibuk bertugas semasa Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tiaranita Sabah sekali lagi menjalankan ”Program Syawal Bersama” pada 08 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H.

Ahli Tiaranita Sabah yang bertugas mewakili Hajah Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail, Presiden Tiaranita Cawangan Sabah untuk membuat kerja-kerja pengedaran ”Pek Juadah Aidil Fitri” pada anggota-anggota TM di sekitar Ibu Pejabat Kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Inanam dan Menggatal ialah Sylvia Ojihi, Marcella E. Ading, Anak Sinsing @ Janet, Maria Lourdes Balanjiu dan Nora Jinumis.  Pek tersebut telah disediakan oleh Mastura Mujip.  Terima kasih kepada Encik Chow Yau Yang, Penolong Pengurus RNO ZFT Utara atas sokongan beliau hadir di lokasi pengedaran semasa program ini dijalankan. 

Anggota-anggota TM yang bertugas merasa teruja dengan kunjungan mengejut dari Tiaranita Sabah bersama Pek Juadah Aidil Fitri dan tiada perkataan yang lebih indah dan terbaik dapat diucap selain dari ucapan jutaan terima kasih atas ingatan dan keprihatinan Warga Tiaranita Sabah.















Program Qaseh Ramadhan 2013

Pada 2 Ogos yang lalu, Tiaranita Sabah sekali lagi melalui Program Qaseh Ramadhan telah membuat penyerahan bantuan kepada 10 keluarga terpilih.  Kumpulan telah di bahagikan 2 iaitu satu kumpulan telah membuat penyerahan kepada 4 keluarga di sebelah Tuaran dan satu kumpulan lagi yang juga diketuai oleh Presiden Tiaranita Sabah Pn. Sharifah Norasyikin telah membuat penyerahan kepada 6 keluarga di sebelah Papar & Bongawan...Antara gambar yang diambil adalah ...







 
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...