Sempena "GHCM Open Day 2011"

Pada 25 Oktober 2011, Human Capital Business Operation (HCBO) Sabah telah menganjurkan program GHCM Open Day 2011’ di Ruang Legar Tingkat 4, Wisma San Hin Kota Kinabalu yang bertemakan ’Enabling Your Success’. Program hari terbuka GHCM ini, merupakan julung kalinya diadakan di TM Negeri Sabah antara lain objektifnya untuk membolehkan pihak Pengurusan berada lebih dekat dengan warga TM khasnya di Negeri Sabah dan memberi penerangan mengenai polisi serta prosedur semasa Modal Insan. Ianya juga dapat memaparkan keprihatinan pihak Pengurusan mengenai kebajikan anggota TM di negeri Sabah.

Tiaranita Sabah juga tidak ketinggalan mempamerkan dan menjual produk2 terdiri daripada kain seragam tiaranita,baju blouse F1,lace baju,tuala muka,tudung saji yang disulam dengan riben,kek, kuih tart,air mineral, brooch, Booth yang diketuai oleh Pn. Zaza Husin, Pen Setiusaha Tiaranita Sabah, turut mendapat kunjungan daripada En. Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Sabah dan Ahmad Khairul Razi Ismail, Pengurus Besar Employee Engagement.

Disamping itu, Tiaranita juga memaparkan gambar2 slideshow aktiviti2 Tiaranita Sabah untuk tatapan para pengunjung. Bendahari juga telah berjaya mendapat hasil kutipan mencecah RM500 daripada bayaran yuran ahli pada hari tersebut dan sebanyak 2 orang telah mendaftar sebagai ahli baru.

Pameran juga dihangatkan dengan soalan2 Kuiz yang disediakan oleh setiap booth bagi melayakkan pengunjung mendapatkan tiket bertuah. Beberapa orang ahli Tiaranita Sabah  iaitu Pn. Zuraidah, Pn. Dg Rozaimah, Pn. Siti Kamisah, Pn. Zaza, Pn. Ermie dan Pn. Asiah telah berjaya mendapat hadiah berupa hamper, barangan letrik dan sebagainya.




Pada hari itu juga, Biro Kebajikan Pn. Zuraidah Sagir telah menyampaikan cenderahati kepada ahli yang telah menimang cahayamata pertama iaitu Pn. Nursuraya Ahmad Shukri.


Di samping Tiaranita, beberapa booth yang lain seperti SUTE, Kelab TM Sabah & WP Labuan, BAKIT Sabah, KOTAMAS, OSH, TMpoint, Consumer Sales Sabah, Unit Tabung Darah, Kolej Kejururawatan Queen Elizabeth (QE), LHDM, SOCSO, KWSP, Pusat Zakat Sabah, AmBank, dan HCBO Sabah turut mengadakan pameran.


SYABAS kepada AJK dan ahli yang telah hadir dan turut sama menjayakan program ini!

Bengkel Bijak Sifir Alif dI TM Sabah


BAKIT dan Tiaranita Sabah telah berganding bahu untuk melaksanakan Bengkel Bijak Sifir Alif pada 17 September 2011 bermula dari 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengahari bertempat di Dewan Kuliah 2, Tingkat Bawah, Masjid Negeri Sabah.


Program yang dianjurkan khusus untuk anak-anak anggota TM Sabah telah dikendalikan oleh Encik Abd Rahim Abd Samad, mantan Pengurus Business Support di TM Kuala Lumpur yang mana kini beliau adalah seorang motivator di Melaka.  Program ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan penyertaan mencecah sehingga 100 orang.  Bagi membantu anak-anak menguasai sifir dengan lebih baik lagi, ibu bapa juga dijemput untuk menghadiri program ini bersama anak-anak mereka

Bengkel Bijak Sifir Alif ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mustapha Sakmud, Naib Yang Dipertua BAKIT Sabah mewakili Tuan Haji Sukkuriya Masri, Yang Dipertua BAKIT Sabah.


Laporan Oleh: Ruhia Lawis

Program Syawal Bersama

Pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal, Tiaranita Sabah juga tidak melupakan anggota yang terpaksa bertugas pada Hari Raya pertama.  Pn. Jenny John selaku Setiausaha Kehormat Tiaranita Sabah yang ditemani oleh Pn. Anak Sinsing@Janet, Pn. Nora dan Pn. Winnie telah mengagihkan Pek Sarapan Hari Raya kepada yang terlibat.

Kunjungan ke sekitar kota kinabalu pada hari tersebut iaitu ke unit DCA Kepayan, ZBT, ZFT , Data, Security di IPK, Ibusawat Penampang dan Ibusawat Inanam. Rata-rata kakitangan berasa gembira dan mengucapkan terima kasih di atas kunjungan Tiaranita dan ingatan daripada Tiaranita/Pengurus Besar TM Sabah. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. 

Semoga kunjungan Tiaranita pada hari tersebut telah sedikit sebanyak menceriakan rakan-rakan kita yang bertugas pada hari raya pertama. Tiaranita Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini...Syabas dan tahniah ....

Di bawah adalah antara gambar kenangan yang sempat diambil di semua lokasi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...