Pada bulan Jun yang lepas juga, Tiaranita
Sabah telah menghantar seramai 5 orang peserta untuk menghadiri Seminar “
Wanita & Perempuan Dalam ICT “ anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan
Multimedia Malaysia, Pejabat Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
dengan kerjasama PERNEC Paypoint Sdn. Bhd iaitu pada 28 Jun 2012 bertempat di Balroom
2, Level 2, The Pacific Hotel, Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Seminar yang dihadiri oleh para peserta dari NGOs,
Sektor Swasta, JabatanJabatan Kerajaan, Persatuan-persatuan dan lain-lain
agensi berpeluang untuk memperolehi pengetahuan berkenaan dengan peranan wanita
dalam ICT.
Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah
Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat &
Hal Ehwal Pengguna.