Program Penyerahan Kerusi Roda



Pada 15 Disember 2011,  TIARANITA cawangan Sabah, melalui Biro Kebajikan telah menyempurnakan Program Penyerahan Kerusi Roda kepada Bekas Anggota TM bertempat di Kg Saman Tuaran.  Rombongan TIARANITA Sabah dengan ahli seramai 5 orang telah diketuai oleh Zuraidah Binti Sagir, Biro Kebajikan TIARANITA Sabah.



Bekas anggota TM  Mohd Said Ahmad, telah terlantar lumpuh selama 17 tahun akibat strok. Setelah jatuh sakit, bapa beliau terpaksa menyara beliau, isteri, lima anak, adik dan ibu yang terlantar sakit akibat kencing manis. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Tidak ada perkataan yang sesuai untuk mengungkapkan kesusahan kehidupan yang mereka tanggung.  Keluarga Bekas Anggota ini amat terharu menerima kunjungan serta sumbangan Kerusi Roda serta barangan dapur yang disampaikan oleh TIARANITA Sabah. 

Semoga sumbangan yang kecil ini dapat meringankan sedikit kesusahan hidup Bekas anggota TM ini.

Laporan Oleh: Pn. Zuraidah

Penyampaian Cenderahati




Pada 12 Disember 2011 yang lalu, Pn Zuraidah Sagir selaku Ketua Biro Kebajikan Tiaranita Sabah telah menyampaikan cenderahati sempena kelahiran bayi keempat dan juga merupakan anak perempuan sulung kepada Pn. Dg. Noorhayati Pg. Razid.



Beliau yang kini bertugas di MMC Sabah telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nursyafiqah Batrisyia  pada 11 Ogos 2011 seberat 3.5 Kg di Rafflesia Medical Centre, Jalan Lintas Kepayan.

Tiaranita Sabah mengucapkan tahniah kepada Pn. Dg. Noorhayati dan keluarga.

Sempena "GHCM Open Day 2011"

Pada 25 Oktober 2011, Human Capital Business Operation (HCBO) Sabah telah menganjurkan program GHCM Open Day 2011’ di Ruang Legar Tingkat 4, Wisma San Hin Kota Kinabalu yang bertemakan ’Enabling Your Success’. Program hari terbuka GHCM ini, merupakan julung kalinya diadakan di TM Negeri Sabah antara lain objektifnya untuk membolehkan pihak Pengurusan berada lebih dekat dengan warga TM khasnya di Negeri Sabah dan memberi penerangan mengenai polisi serta prosedur semasa Modal Insan. Ianya juga dapat memaparkan keprihatinan pihak Pengurusan mengenai kebajikan anggota TM di negeri Sabah.

Tiaranita Sabah juga tidak ketinggalan mempamerkan dan menjual produk2 terdiri daripada kain seragam tiaranita,baju blouse F1,lace baju,tuala muka,tudung saji yang disulam dengan riben,kek, kuih tart,air mineral, brooch, Booth yang diketuai oleh Pn. Zaza Husin, Pen Setiusaha Tiaranita Sabah, turut mendapat kunjungan daripada En. Sukkuriya Masri, Pengurus Besar TM Sabah dan Ahmad Khairul Razi Ismail, Pengurus Besar Employee Engagement.

Disamping itu, Tiaranita juga memaparkan gambar2 slideshow aktiviti2 Tiaranita Sabah untuk tatapan para pengunjung. Bendahari juga telah berjaya mendapat hasil kutipan mencecah RM500 daripada bayaran yuran ahli pada hari tersebut dan sebanyak 2 orang telah mendaftar sebagai ahli baru.

Pameran juga dihangatkan dengan soalan2 Kuiz yang disediakan oleh setiap booth bagi melayakkan pengunjung mendapatkan tiket bertuah. Beberapa orang ahli Tiaranita Sabah  iaitu Pn. Zuraidah, Pn. Dg Rozaimah, Pn. Siti Kamisah, Pn. Zaza, Pn. Ermie dan Pn. Asiah telah berjaya mendapat hadiah berupa hamper, barangan letrik dan sebagainya.




Pada hari itu juga, Biro Kebajikan Pn. Zuraidah Sagir telah menyampaikan cenderahati kepada ahli yang telah menimang cahayamata pertama iaitu Pn. Nursuraya Ahmad Shukri.


Di samping Tiaranita, beberapa booth yang lain seperti SUTE, Kelab TM Sabah & WP Labuan, BAKIT Sabah, KOTAMAS, OSH, TMpoint, Consumer Sales Sabah, Unit Tabung Darah, Kolej Kejururawatan Queen Elizabeth (QE), LHDM, SOCSO, KWSP, Pusat Zakat Sabah, AmBank, dan HCBO Sabah turut mengadakan pameran.


SYABAS kepada AJK dan ahli yang telah hadir dan turut sama menjayakan program ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...